KV-BT21M40 - Sony TV Service Manual (repair manual). Page 122

Read Sony KV-BT21M40 Service Manual online

Sony KV-BT21M50 Group A5 (GB
,
 CT, 
MY
)_4-096-491-11 (1)
2
AMARAN
•  TV anda bervoltan tinggi yang membahayakan.
•  Voltan pengendalian TV: 110 – 240 V AC (untuk Malaysia sahaja: 220 – 240 V AC).
• Jangan sambungkan palam wayar kuasa TV sebelum anda selesai membuat semua
sambungan yang lain; jika tidak, kebocoran arus yang minimum mungkin mengalir
menerusi antena dan terminal lain ke bumi.
• Untuk mengelakkan kebocoran bateri dan kerosakan alat kawalan jauh, keluarkan bateri
dari alat kawalan jauh jika anda tidak menggunakannya untuk beberapa hari.  Jika anda
tersentuh sebarang cecair yang terbocor dari bateri, sila cuci dengan air secepat mungkin.
Untuk keselamatan kanak-kanak, jangan biarkan
mereka menghampiri TV bersendirian. Jangan
benarkan kanak-kanak memanjat TV.
Untuk keselamatan diri, jangan sentuh mana-mana
bahagian TV, wayar kuasa dan kabel antena
semasa kilat.
Jangan pasang TV sekiranya terdapat sebarang
tumpahan cecair atau pepejal yang terjatuh ke
dalamnya. Pemeriksaan segera harus dilakukan
oleh orang yang berkelayakan sahaja.
Jangan buka kabinet dan penutup belakang TV
kerana terdapat voltan yang tinggi dan bahagian
yang merbahaya di dalam TV.  Kerja membaiki
dan membuang TV hendaklah dilakukan oleh
orang yang berkelayakan sahaja.
TV anda hanya untuk kegunaan di rumah sahaja.
Jangan gunakan TV anda dalam sebarang
kenderaan atau di tempat yang amat berhabuk,
panas, lembap atau di tempat yang mengalami
gegaran yang melampau.
Jangan halang ruang pengudaraan TV.  Jangan
letakkan TV di tempat yang tertutup seperti rak
buku atau kabinet.
Bersihkan TV dengan kain yang kering dan lembut.
Jangan gunakan benzina, pencair atau bahan kimia
yang lain untuk membersihkan TV. Jangan lekatkan
apa-apa (contohnya, pita pelekat, pita selofan, gam)
pada kabinet bercat TV anda.  Jangan calarkan tiub
gambar.
Jangan letak sebarang benda di atas TV anda. Jangan
dedahkan TV kepada titisan atau percikan cecair
dan jangan letak sebarang benda yang mengandungi
cecair seperti bekas bunga di atas TV anda.
03MY02WAR-MIX.p65
01/7/03, 10:18 AM
2
Page of 127
Display

Click on the first or last page to see other KV-BT21M40 service manuals if exist.